|
Mesyuarat Pengurus Crown ke-69
Kejayaan hanya akan dicapai oleh mereka yang gigih berusaha dengan semangat yang berkobar-kobar untuk merealisasikan matlamat. Kehidupan adalah suatu proses pembelajaran yang membolehkan kita menimba ilmu dan mengambil iktibar daripada setiap pengalaman yang dilalui. Para ahli keluarga MLM Seiketsu berkumpul di Kinta Riverfront Hotel & Suite, Ipoh untuk menimba ilmu pengetahuan baru agar mereka dapat melaksanakan strategi pemasaran dengan lebih berkesan dan seterusnya mencapai sasaran dengan lebih mudah. |
 |
 |
Bilangan Pengurus Crown baru yang menerima anugerah adalah bukti bahawa pembinaan organisasi Seiketsu semakin kukuh dari hari ke hari! |
 |
Sempena Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul, 10 orang ahli keluarga MLM yang berjaya mengumpulkan PV tertinggi menampil ke atas pentas untuk menerima insentif tambahan “Fortune Ang Pau”! |
 |
Semua Pengurus Diamond dan Crown yang berjaya melahirkan Pengurus Crown Generasi Pertama akan memenangi Crown Nurturing Voucher yang berharga. |
 |
Pertandingan “Recruit Award” diadakan pada bulan April, ahli keluarga DCM atau CM yang berjaya melahirkan bilangan member baru yang ditetapkan memenangi Pingat “Recruit Award” Emas, Perak dan Gangsa. |
 |
Testimoni produk daripada pengguna bukan sahaja membantu mengetengahkan daya tarikan produk, malah ia juga membuktikan potensi jualan yang besar di pasaran. |
 |
Ketua Badan Vision, Jacky Lim, ialah salah seorang ahli keluarga yang setia bersama Seiketsu sejak awal penubuhan Seiketsu. Selama lebih 30 tahun, beliau sentiasa berada di sisi Leong Zong dan cekal menempuh segala onak dan ranjau bersamanya. Jacky telah menemui matlamat hidupnya dan teman hidupnya di Seiketsu. Kecekalan dan ketabahan beliau amat mengagumkan dan harus dijadikan teladan! |
 |
Pengurus Diamond Crown adalah pangkat tertinggi dalam Pelan Pemasaran Seiketsu dan juga memikul tanggungjawab yang berat untuk mengemudi hala tuju pasukannya. Pada bulan Jun tahun ini, para pengurus Diamond Crown tampil bersama ahli pasukan masing-masing untuk menyertai “Pertandingan PK Diamond”. |
 |
Pengurus Operasi Sistem, Jerry Leong, mengumumkan bahawa pembelian produk boleh dilakukan secara dalam talian bermula dari bulan Jun tahun ini. Para pemimpin tidak melepaskan peluang untuk menguji sistem baru ini semasa mesyuarat tersebut.Menurut Konsultan Jo Lim, “Kepercayaan adalah sumber kekuatan”. Beliau yakin bahawa selagi kita percaya, maka kita pasti berani untuk membuka pintu peluang yang menuju ke arah merealisasikan setiap impian! |
|