|
Mesyuarat Pengurus Crown ke-66
 |
Seluruh hadirin menyanyi “Negaraku” dan “Impian Seiketsu” dengan kuat. |
 |
Pintu kejayaan dan kekayaan akan terbuka luas apabila ahli keluarga MLM maju ke pangkat Pengurus Crown. |
 |
Crown Nurturing Voucher adalah terbuka untuk dimenangi oleh semua Pengurus Diamond dan Crown yang berjaya melahirkan Pengurus Crown Generasi Pertama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli keluarga Loo Ching Wan & Tan Ah Luan kerana berjaya memenangi bilangan Crown Nurturing Voucher yang terbanyak, iaitu 4 keping! |
 |
Sempena Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul, 10 orang ahli keluarga MLM yang berjaya mengumpulkan PV tertinggi menampil di atas pentas untuk menerima insentif tambahan “Golden Rooster Presents You Fortune Ang Pau”! |
 |
Walaupun ahli keluarga Pang Mei Mei terpaksa menghadapi hakikat kegagalan dalam percintaan, keazamannya yang kuat untuk berjaya dan keyakinan bahawa perniagaan Seiketsu dapat membantu dirinya menikmati kehidupan yang mewah dan membahagiakan telah menyemarakkan semangatnya untuk terus mara ke hadapan. Segala penat lelahnya ternyata membuahkan hasil apabila beliau bukan sahaja memiliki rumah dan kereta mewah, malah Mei Mei juga telah berjaya menjadi salah seorang Jutawan Seiketsu! |
 |
Pengguna berkongsi testimoni di atas pentas dengan penuh perasaan sambil bercerita tentang manfaat yang diperoleh selepas menggunakan produk Seiketsu seperti Sesaminoid Vege-Cap dan selepas menyertai Kursus Psikologi. |
 |
Mengenal pasti dan melatih bakal pemimpin dalam kalangan ahli-ahli MLM adalah faktor utama yang mendorong kejayaan sesebuah organisasi. Atas sebab ini, pihak Syarikat telah melancarkan pertandingan “Talent Scout Award” pada bulan Mac. Pengurus Diamond Crown atau Pengurus Crown yang berjaya melahirkan 1 Pengurus Senior pada bulan yang sama akan menerima Pingat Gangsa, 2 Pengurus Senior akan menerima Pingat Perak dan 3 atau lebih Pengurus Senior akan menerima Pingat Emas. |
 |
Daripada penerangan Ms. Hiroko Kume yang sungguh menarik, para ahli keluarga MLM dapat mengetahui ramuan dan fungsi Ketsumi Bubbling Gel secara terperinci. Ketsumi Bubbling Gel telah mendapat sambutan hangat daripada para ahli keluarga MLM. Mereka berlumba-lumba untuk membuat pesanan bagi merasai sendiri kehebatan produk itu. |
 |
Pertandingan yang berlangsung pada bulan Jun direka khas untuk Pengurus Diamond Crown. Pengurus Diamond Crown dan kumpulannya yang memenangi dalam “Pertandingan PK” berpeluang mengibarkan “Bendera Kemenangan” di CMM bulan September. Para Pengurus Diamond Crown telah mengadakan mesyuarat dengan ahli pasukan masing-masing untuk menyusun strategi demi menewaskan pihak pesaing. |
 |
Dengan topik ceramah “Seiketsu~ Perniagaan Penyayang”, Konsultan Jo Lim membantu ahli-ahli keluarga MLM memahami bahawa perniagaan Seiketsu adalah perniagaan yang menjanjikan kesyukuran dan menang bagi kedua-dua pihak. |
|