» Mesyuarat Pengurus Crown ke-69
» Mesyuarat Pengurus Diamond Crown
» Pertandingan Super
» 31st Anniversary Carnival of Joy
» Sambutan Hari Jadi Seiketsu Ke-31
» Malam Black Gold & Platinum 2018
» Majlis Penganugerahan Kelab Elit Emas, Perak dan Gangsa 2018
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2018
» Seiketsu Royalty Night 2018
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2018
» Jamuan Malam 2018
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-16
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-68
» Mesyuarat Pengurus Diamond Crown
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-32
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2017
» Melancong ke Seoul & Jeju Island
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-67
» Jamuan Persolekan 2017
» Mesyuarat Pengurus Diamond Crown
» Chinese & Western Cooking Extravaganza
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2017
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Gotong-royong
» SAY NO To Aging Skin
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-66
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-31
» Pertandingan Super
» 30th Anniversary Carnival of Joy
» Malam Black Gold & Platinum 2017
» Majlis Penganugerahan Kelab Elit Emas, Perak dan Gangsa 2017
» Jamuan Malam 2017
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2017
» Seiketsu Royalty Night 2017
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2017
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-15
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-65
» Mesyuarat Pengurus Diamond Crown
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-30
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2016
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Seiketsu Sesaminoid Vege-Cap Lawatan Pembelajaran ke Chiang Mai
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Melancong ke Medan Lake Toba
» Meet the Master Chef
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-64
» Jamuan Persolekan 2016
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-29
   
 

Majlis Penganugerahan

Kelab Elit Emas, Perak dan Gangsa 2017

Elit Gangsa boleh dicapai dengan mengekalkan jualan kumpulan persendirian sebanyak 10,000PV dan ke atas selama 6 hingga 8 bulan dalam setahun; Elit Perak boleh dicapai dengan mengekalkan jualan kumpulan persendirian sebanyak 10,000PV selama 9 hingga 11 bulan dalam setahun; Elit Emas pula boleh dicapai dengan mengekalkan jualan kumpulan persendirian sebanyak 10,000PV selama 12 bulan berturut-turut dalam tahun yang sama. Sekiranya ahli mencapai jualan kumpulan persendirian sebanyak 30,000PV dan lebih selama 9 bulan dan ke atas dalam setahun, beliau akan menerima anugerah tertinggi iaitu Elit Diamanté. Sebelum masuk ke dalam dewan, Elit Emas, Perak dan Gangsa masing-masing diberikan sachet berwarna emas, perak dan gangsa. Elit Diamanté memakai sachet berwarna biru manakala Elit Diamanté Tertinggi yang memenuhi kelayakan selama 12 bulan berturut-turut pula menghadiri majlis makan malam dengan memakai sachet berwarna hitam yang melambangkan keunggulan dan kecemerlangan. Selain acara pada hari itu, para Elit Diamanté serta Elit Emas, Perak dan Gangsa boleh memakai sachet masing-masing ketika menghadiri mesyuarat dan aktiviti Seiketsu dalam tempoh setahun yang berikutnya. Setelah menikmati hidangan makan malam, para elit dijemput bermalam di hotel yang sama secara percuma.


Para pemimpin MLM tersenyum gembira ketika tampil di atas pentas untuk menerima anugerah sambil diiringi tepukan gemuruh penonton. Segala usaha dan penat lelah yang dicurahkan sepanjang tahun lalu ternyata berbaloi.

Semua Elit Emas bergambar bersama sebagai kenangan.

Ahli keluarga MLM cuba memindahkan seberapa banyak bola yang boleh dari bakul A ke bakul B. Markah diberikan mengikut warna bola yang berlainan. Peserta yang dapat memindahkan bola yang paling banyak dalam masa 30 saat dan mendapat markah tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang.

Dalam permainan “Kenapa Anda?”, ahli keluarga MLM perlu meneka angka daripada 1 hingga 100 secara rawak. Ahli keluarga MLM yang meneka angka dengan betul akan tersingkir. Dua orang yang dapat bertahan sehingga akhir permainan akan diumumkan sebagai pemenang.

Semasa sesi kuiz, bunyi ketukan atau pukulan akan kedengaran untuk “mengganggu” perhatian peserta. Ahli keluarga MLM yang dapat menumpukan perhatian dan menjawab soalan yang betul dengan paling banyak dalam masa yang ditetapkan akan membawa pulang hadiah utama.

Leong Zong menggoncang bekas untuk memilih nombor bertuah. 10 ahli keluarga MLM yang mempunyai set nombor yang sama seperti nombor bertuah (mencapai bingo) berpeluang membawa pulang HHP1 dan HHP2. Dalam segmen terakhir, 4 ahli keluarga MLM mencapai status bingo pada masa yang sama dan dipanggil untuk menerima hadiah. Secara keseluruhannya, sejumlah 13 hadiah telah disampaikan.

Pemenang daripada setiap aktiviti permainan masing-masing dijemput memilih 3 bola daripada kotak “Your Lucky 9”. Setiap bola terdapat nombor di astasnya. Peserta dikehendaki mencampur ketiga-tiga nombor itu untuk mendapat hadiah yang setara dengan hasil tambah ketiga-tiga nombor.

Setiap Elit Emas, Perak dan Gangsa berpeluang mendapat satu hadiah. Jenis hadiah ditentukan melalui cabutan nama. 3 nama terakhir yang dipanggil akan masing-masing memenangi hadiah utama iaitu set Cosmos Steam Tower II yang bernilai RM 2,785.60.