» Chinese & Western Cooking Extravaganza
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2017
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Gotong-royong
» SAY NO To Aging Skin
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-66
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-31
» Pertandingan Super
» 30th Anniversary Carnival of Joy
» Malam Black Gold & Platinum 2017
» Majlis Penganugerahan Kelab Elit Emas, Perak dan Gangsa 2017
» Jamuan Malam 2017
» Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2017
» Seiketsu Royalty Night 2017
» Jamuan Penganugerahan 'Break Your Record Month' 2017
» Seminar & Training Pengurus Diamond Crown Ke-15
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-65
» Mesyuarat Pengurus Diamond Crown
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-30
» Upacara Angkat Sumpah MRTM Baru 2016
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Seiketsu Sesaminoid Vege-Cap Lawatan Pembelajaran ke Chiang Mai
» Majlis Testimoni Sesaminoid
» Melancong ke Medan Lake Toba
» Meet the Master Chef
» Mesyuarat Pengurus Crown ke-64
» Jamuan Persolekan 2016
» Seminar & Training Pengurus Crown Ke-29
   
 

Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul 2017

Tepukan gemuruh para hadirin berkumandang dari segenap penjuru bagi menyambut perarakan masuk VIP dan para pemenang Peraduan 10 Jualan Terbaik ke dalam dewan sempena Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul, dan suasana yang meriah ini jelas menandakan permulaan yang hebat untuk majlis tersebut. Setiap tetamu telah dihadiahkan Chef Ben Series-Kitchen Shear bernilai RM156.80 sebagai tanda penghargaan atas kesudian mereka untuk hadir bagi memeriahkan majlis. Gerai-gerai yang mempamerkan rangkaian produk Seiketsu turut disediakan di luar dewan bagi mereka yang ingin mengenali produk syarikat dengan lebih mendalam.

Acara promosi ‘membaling dadu’ kembali diadakan pada tahun ini. Bagi setiap pembelian bernilai 1,000PV ketika malam ini berlangsung, ahli keluarga Seiketsu berpeluang mencuba nasib dengan sekali balingan dadu untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Mereka yang membuat pembelian bernilai 2,000PV pula layak melakukan dua kali balingan dadu.

Ketika ucapannya, CEO Seiketsu iaitu Dr. Ronnie Leong mengumumkan tentang pelancaran beberapa produk baharu dalam masa terdekat yang bakal melahirkan lebih banyak kisah-kisah kejayaan yang mengagumkan. Ahli-ahli keluarga Seiketsu berasa amat teruja apabila menyaksikan Leong Zong dan Pengerusi Leong Dong bersama-sama mempengerusikan acara perasmian, dan hadirin memberikan sepenuh perhatian. Cenderahati dihadiahkan dan diterima oleh pengarah antarabangsa Chen Dong dan Zhang Dong, tetamu khas termasuk Managing Director of Marco Food Tech Co., Ltd Mr Anu Pongprapanasiri, Managing Director of Tai Yu Group International Group Co., Ltd Ms Betty Li (Mr Kelvin Chan mewakili) dari Hong Kong dan Director of Toyo Hakko Co., Ltd Mr Satoshi Mori dari Jepun.

Pengurus Diamond Crown merupakan pangkat tertinggi dalam Pelan Pemasaran Seiketsu. Mereka berpeluang memperoleh segala bonus dan insentif yang ditawarkan oleh syarikat. Tahniah buat semua Pengurus Diamond Crown baru yang akan melangkah ke ambang kehidupan penuh kemewahan!

Setiap bulan, pengurus Senior yang mendapat pencapaian yang paling tinggi akan dilayakkan sebagai Bintang Senior, manakala Pengurus Crown atau Diamond Crown akan dilayakkan sebagai Bintang Crown. Tahniah kepada ahli keluarga Lee Kian Sh’ang & Moo Kim Yoon menang paling banyak kali Bintang Crown dalam 12 bulan dan berjaya memperolehi Bintang Crown Terunggul.

Persembahan tarian memberikan hiburan visual yang menakjubkan kepada para peserta majlis. Bukan itu sahaja, ahli keluarga dalaman Seiketsu turut terlibat dalam persembahan dengan mementaskan sketsa yang menyentuh perasaan dan mendapat pujian daripada semua penonton dalam dewan.

Para pemimpin MLM telah dibahagikan kepada 6 pasukan kecil, yang seterusnya dibahagikan secara berpasangan bagi membentuk 3 pasukan yang akan bertanding antara satu sama lain. Pasukan yang berjaya menewaskan lawannya pada bulan November dan Disember 2016 akan dinobatkan sebagai johan pertandingan ‘Wira Pencipta Trend’. Ng Kooi Koy & Sin Peek Leng berjaya memimpin pasukan mereka iaitu ‘The Unbeatables’ untuk muncul sebagai johan, dan setiap ahli pasukan telah dianugerahkan Hero’s Insigna atas kejayaan mereka. Kibaran megah Bendera Hero di atas pentas telah menyemarakkan semangat setiap hadirin untuk turut sama berkongsi kemeriahan ini!

Pengurus Diamond Crown yang berjaya membina 1 rantaian Pengurus Crown generasi pertama akan memenangi Single Diamond Medal, membina 2 rantaian memenangi Double Diamond Medal, membina 3 rantaian memenangi Tripple Diamond Medal. Yang berjaya membina 4 atau lebih rantaian Pengurus Crown akan memenangi Gold Diamond Medal.

Peraduan 10 Jualan Terbaik merupakan kemuncak bagi Majlis Penganugerahan Pencapaian Terunggul. Pemenang bukan sahaja naik ke pentas untuk menerima pingat dan rantai emas, malah mereka juga dijemput untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka serta kegembiraan yang dirasai setelah menerima anugerah tersebut.

Juara bagi Peraduan 10 Jualan Terbaik musim ini, Lee Kian Sh’ang & Moo Kim Yoon, telah diberi tepuk sorak yang gemuruh oleh penonton. Barisan pemimpin MLM dari KL & Selangor, iaitu tempat di mana pasangan ini beroperasi, turut dijemput ke pentas untuk meraikan detik kejayaan dan kegemilangan ini bersama-sama.

Tahniah kepada ahli keluarga Lee Kian Sh'ang & Moo Kim Yoon menerima Black Gold Insignia selama 12 bulan berturut-turut dan ahli keluarga Chai Sau Chin menerima Black Gold Insignia selama 9 bulan dari Januari hingga Disember pada 2016, mereka berjaya memenangi Anugerah Diamanté.

Seiketsu telah menyalurkan semangat “Love All, Serve All” dengan menderma RM177,000 kepada badan-badan amal iaitu Yayasan Latihan Insan Istimewa dan Pusat Dialisis Woh Peng Cheang Seah.

Sesi cabutan bertuah telah menghadiahkan sebanyak 100 buah hadiah wang tunai RM1,000.

Pada bulan Januari 2017, Seiketsu telah memperkenalkan Diamond Crown Manager Cultivate Fund yang bertujuan untuk menyediakan bonus yang lebih menarik kepada semua Pengurus Diamond Crown pada tahun 2018!