Sejak pelancarannya di pasaran lima tahun lalu, Seiketsu Sesaminoid Vege-Cap telah membantu ramai pengguna menikmati kesihatan yang memuaskan. Namun, penyelidikan yang dilakukan oleh pengasas produk ini, Prof. Prachya Kongtawelert, tidak berhenti setakat itu sahaja. Pasukan yang diketuai oleh Prof. Prachya mendapati Sesaminoid Vege-Cap bukan sahaja berfungsi sebagai agen antikeradangan dan berupaya menguatkan tulang, malah ia juga bersifat antikanser serta menunjukkan kesan yang memberangsangkan dalam pemulihan saraf.
Rombongan Lawatan Pembelajaran Seiketsu yang tiba di Universiti Chiang Mai, Thailand, telah menghadiri pembentangan oleh Prof. Prachya mengenai hasil penyelidikan Sesaminoid Vege-Cap terbarunya. Inilah kali pertama Prof. Prachya memberi ceramah kepada peserta luar di dalam dewan universiti. Para peserta juga telah dibawa melawat makmal kajian Sesaminoid Vege-Cap. Menurut ahli-ahli keluarga Seiketsu yang menyertai rombongan ini, mereka amat berpuas hati kerana selain membawa pulang bagasi yang penuh berisi, mereka juga telah menimba pengalaman yang sungguh berharga sepanjang lawatan itu. |