» Kursus Psikologi
» Spiritual Leadership 12/2019
» Spiritual Leadership 10/2019
» Spiritual Leadership 09/2019
» Kursus Psikologi Untuk Gaya Hidup Sihat
» Full Of Happiness 07/2019
» Spiritual Leadership 06/2019
» Spiritual Leadership 05/2019
» Rebuild Happiness (Brunei) 04/2019
» Satisfactory 04/2019
» Spiritual Leadership 03/2019
» Grateful To The Power Of Love 01/2019
» Spiritual Leadership 12/2018
» Transformation 11/2018
» Spiritual Leadership 10/2018
» Spiritual Leadership 09/2018
» Spiritual Leadership 06/2018
» Spiritual Leadership 05/2018
» Rebuild Happiness 04/2018
» Innocence (Brunei) 04/2018
» Spiritual Leadership 03/2018
» Joyfully Ushering Great Fortune 01/2018
» Spiritual Leadership 12/2017
» Spiritual Leadership 11/2017
» Spiritual Leadership 10/2017
» Spiritual Leadership 09/2017
» The Light Has Come 08/2017
» Spiritual Leadership 07/2017
» Spiritual Leadership 06/2017
» The Miracle Of Life 05/2017
» Spiritual Leadership 04/2017
» Innocence 03/2017
» Spiritual Leadership 12/2016
» Spiritual Leadership 11/2016
» Surrender 10/2016
» Spiritual Leadership 09/2016
» Spiritual Leadership 08/2016
» Success 07/2016
» Spiritual Leadership 06/2016
» Spiritual Leadership 05/2016
   
 

Kursus Psikologi Untuk Gaya Hidup Sihat


Buat julung kalinya, Seiketsu menganjurkan Kursus Psikologi Untuk Gaya Hidup Sihat selama 4 hari 3 malam pada 22 hingga 25 Ogos 2019, bertempat di D'Villa mewah, Janda Baik, yang jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. D'Villa diselubungi kehijauan hutan, udara sejuk yang nyaman, nyanyian serangga dan desiran angin lembut, menjadi tempat percutian yang ideal untuk bersantai. Bangunan dua tingkat itu dilengkapi bilik-bilik yang luas dan selesa dengan hiasan dalaman yang memukau. Tidak jauh dari bangunan pula terdapat sebuah kolam peliharaan ikan, itik dan angsa yang dihiasi kuntuman bunga teratai. Persekitaran yang indah dan sunyi itu sungguh menenangkan jiwa, malah ia juga berkesan untuk memaksimumkan kuasa penyembuhan diri!

Para peserta disajikan hidangan sihat yang disediakan khas oleh ahli-ahli keluarga dalaman di persekitaran yang aman dan tenang itu. Beraneka hidangan yang berwarna-warni, ditambah dengan sayur-sayuran organik dan daging yang bebas bahan penambah, membuka selera setiap yang memandang.

Pada masa lapang, sesetengah peserta berkumpul untuk berbual sambil minum teh, dan ada juga peserta yang memilih untuk bermeditasi di tempat yang sunyi. Persekitaran yang tenang dan nyaman memberi peluang kepada para peserta untuk berehat dan bermuhasabah diri. Selepas menyingkirkan ‘toksin’ daripada minda dan mengecas semula tenaga badan, para peserta kembali untuk meneruskan kehidupan harian dengan jiwa yang dipenuhi tenaga positif dan semangat yang berkobar-kobar untuk mencipta masa depan yang lebih cerah! Secara keseluruhannya, para peserta amat berpuas hati dengan aktiviti tersebut dan teruja untuk menyertai aktiviti seterusnya yang akan dianjurkan kelak.